Tuesday, July 24, 2012

Macam Ayam Madu Melekat-lekat Walaweh

Walaweh....semenjak dah duduk sendiri ni, nak update resepi la plak..Ustaz Azhar Idrus kata tak guna cari isteri yang pandai masak..kena cari isteri yang rajin memasak..dok rot cetong!!!sila rujuk page beliau!

Yang tak pandai, tapi rajin tu saya la..lalala...ini menu berbuka semalam..

Resepi apa la ummi Syifa ni ea..mesti kamu-kamu tertanya-tanya kan....taraaa!!!!

Ayam Madu Sticky!!!!

kang tak upload gambar, kamu-kamu tak percaya plak....

bahan-bahan :

halia dan bawang putih (tumbuk lumat), sos tiram, kicap pekat, seasoning, sos cili, sos tomato dan madu (letaklah lebih sikit)...dan jangan lupa garam sikit..

cara buat :

Gaulkan semua bahan dengan ayam, perap dalam setengah jam..panaskan kuali dengan minyak sikit, masukkan ayam dan air sikit..tutup kuali dan tunggu sampai air kering dan keluar minyak..sticky-sticky gitu...sebelum padam api, pastikan ayam masak..kalau tak masak lagi, tambah je air sampai kering..sedap hingga menjilat jari...

rebiu pengomen :

Abi Syifa kata sedap!!!..(haha...berani dia kata tak sedap...boleh boikot masak sampai hujung tahun, jangan main-main!!!)
Syifa kata..yungggg!!!!yunggg!!!(kalau ikut pengalaman mungkin bermaksud sedap hingga menjilat jari..haha lagi).

makluman : pengomen ialah mereka yang sentiasa bersubahat dalam agenda saya..jadi rebiu mereka tidak boleh diterima pakai..

1 comment:

  1. hehe..kena org luar dr rumah tu komen baru dpt komen ikhlas ni..

    ReplyDelete