Monday, July 2, 2012

Ceritera Pindah-randah dan Adab Masuk Rumah Baru

Untuk 1st part dah setel..barang yang besar-besar semua dah angkut naik lori petang sunday yang windy-windy itu..barang tak banyak mana pun..tapi naik lori gak..mana muat cik vivi nak angkut masuk bonet..bonet cik vivi kecik aje..katil, wardrobe, dapur, peti ais, meja makan, tilam, tv, piring astro, rak buku semua dah selamat..sempat juga mencilok langsir my MIL..hehe..

Petang ni tinggal lagi angkut baju-baju saya dan abi syifa dan syifa keriting bam-bam, buku-buku, barang-barang yang tak guna tapi sayang nak buang.. , karpet, bantal, printer...juga piyuk, pinggan mangkuk sikit-sikit ihsan my MIL, takdela kosong je dapur..semua ni boleh masuk bonet cik vivi..kalau abi syifa setuju pergi mydin beli barang dapur petang ni, malam kang dah boleh tidur rumah baru..dah boleh feeling-feeling macam duduk umah sendiri...golek-golek depan tv...

Tapi mesin basuh, sofa n kabinet tv belum ada..water filter pun lum ada..hari tu dah nak terbeli Coway, tapi bila google2 katanya RO water tak baik..tunggulah dulu...tv boleh aje tempek kat dinding, tapi kang rosak plak rumah orang...sofa saya rasa takde pun takpe kot..sebab dah ada meja makan..jadi kalau kamu-kamu datang sudi bertandang ke teratak hamba boleh makan-makan di meja makan..kata abi syifa, masuk rumah baru sendiri tahun depan la baru beli sofa..tak susah kita nak berangkut esok-esok ni...adat orang berpindah-randah..err..bukan poket dah kering ke..opps!!

My MIL kata, orang-orang tua pesan kalau masuk rumah baru kena bawa masuk barang dapur dulu..macam garam, gula, beras, susu...apa relevannya, tak tahu plak saya..petua katanya..

Yang ini saya copy dari sini..terima kasih atas info yang sangat berguna ini..

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2…
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.


4 comments:

  1. bagus tips tu ina,buat dh ke?..dh pndh ke ni?..napa x ambik petua dr mak andak dh dkt 10x dh rsa pndh randah sjk kawin ngan askor ni,hehe leh bg tips pndh tp xpenat,hehe...nnti leh kami dtg rumah baru ye,.mkn nasi dagang ke laksam,..kt area mna umah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ndak dh pro bab pindah randah ni....hehe...dtg la...serkam darat...blik melaka leh tdo umah ktorg...

      Delete
    2. Mak ndak dh pro bab pindah randah ni....hehe...dtg la...serkam darat...blik melaka leh tdo umah ktorg...

      Delete
  2. insya allah,..nnti nk blik gak sblm puasa ni,..

    ReplyDelete