Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Pagi-pagi lagi hujan lebat..ianya hujan rahmat..semoga hujan rahmat ini menurunkan rezeki Allah ke muka bumi...Rutin harian cikgu-cikgi sudah kembali seperti biasa hari ni...setelah lebih seminggu bercuti raya, mood nak buat kerja macam kureng sikit...kalau di bumi kenyalang dulu, hujan-hujan macam ni dah tak payah pergi sekolah..jalan putus sebab banjir..

Program raya kami-kami sampai ke malam tadi...rasanya belum penutup lagi..sebab esok pun masih ada program raya kat sekolah...menu terakhir masuk ke perut sebelum melabuhkan episod cuti-cuti kami, mee sarawak..dulu masa kat sarawak tak pernah plak makan ke, dengar ke mee sarawak ni, laksa sarawak ada la...ni dah duduk semenanjung makan mee sarawak plak..hai la hai...

Sampai malam tadi pun si tecik masih dapat duit raya..murah rezeki si tecik...Entri hari ni ada sedikit perkongsian ..untuk ingatan dan panduan diri sendiri..juga buat kamu-kamu..saya copy dari page Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah SAW...

Dari Abdullah bin Amr dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: 

"Ada dua perkara, sekiranya keduanya itu selalu dijaga oleh seorang muslim, maka ia akan masuk surga. Dua perkara itu sangat mudah untuk dikerjakan, tetapi sedikit yang mau melaksanakannya. Yaitu setiap selesai shalat mengucapkan tasbih sebanyak sepuluh kali, tahmid sepuluh kali, dan takbir sepuluh kali. Hal itu akan 
sama dengan seratus lima puluh dengan lisan dan seribu lima ratus dalam timbangan.
Membaca takbir sebanyak tiga puluh empat jika akan tidur, membaca tahmid sebanyak tiga puluh tiga dan membaca tasbih sebanyak tiga puluh tiga, maka itu adalah seratus dalam hitungan lisan dan seribu dalam hitungan timbangan."
Sungguh, aku telah melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghitungnya dengan tangan." Lalu para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, dua hal itu mudah untuk dilakukan tetapi kenapa sedikit yang melakukannya?" beliau menjawab: "Setan datang kepada salah seorang dari kalian saat tidur, lalu dia akan menidurkan kalian sebelum kalian membacanya. Setan juga datang saat shalat, lalu dia akan mengingatkan semua keperluannya sebelum ia membacanya." (HR. Abu Daud)

semoga kita tidak termasuk dari golongan orang orang yang lalai...



Wednesday, June 27, 2012

Ayat-ayat Chenta


KENAPA KITA DIUJI?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
-Surah al-Baqarah ayat 177

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…"
-Surah at-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah at-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87

UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
- Surah al-Mukminun ayat 62

APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI??

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya."
- Imam Muslim

Tuesday, June 19, 2012

Pabila Guruh Berdentum

Saya dapat ini dari sini..

Lima ujian Allah sebagai tanda Allah mencintai kita:
1. Sesungguhnya apa yang dibebankan, atau disusahkan adalah untuk kebahagiaan kita.
2. Apa yang Allah ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di akhirat kelak.
3.Apa yang menyebabkan Allah buatkan kita menangis adalah supaya kita ketawa di akhirat kelak.
4. Apa yang Allah haramkan untuk kita supaya kita dapat kebaikan darinya.
5.Apa yang Allah timpakan musibah kepada kita adalah tanda Allah mencintai kita..

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat...kita menagis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya matahari..rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi...

Saya tahu Allah mengatur sedemikian rupa pasti ada hikmahnya..tapi kenapa begitu sukar untuk redha..untuk ikhlas..banyak kali saya mengeluh..melihat orang lain lebih baik, lebih bahagia..hati mula dihasut setan gemok..mula berfikir yang bukan-bukan..mula merungut dan memberontak..haipp!!!

owh!!sukarnya untuk melihat dari sudut pandang yang lebih ohsem..apakah ini petanda hati yang perlu dirawat?Jadi, Ayuh!!!!Perlu sediakan senjata paling ohsem untuk perang setan jahat!!!

Duhai hati yang separuh dalam diri saya dan separuh lagi pada en.suami.hehe.,,

Bersabarlah saat meter naik sampai tanda amaran!!!
Bersyukurlah saat kesusahan melanda walau hingga terduduk!!!

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik...bersangka baiklah!


Saturday, April 7, 2012

Al-Quran Pertamaku

Puan Dina pernah mereview buku ini...lalu saya cuba membelinya secara online di  website Anamuslim...tidak!saya tidak terpengaruh dengan Puan Dina...hakhakhak..sempatla menge'chup' dulu tapi belum buat payment..kebetulan minggu ini ada Karnival Pendidikan dan Pesta Buku di MITC...kebetulan juga ada booth  Ana Muslim...apa lagi..terusla dapatkan buku tu..harga selepas diskaun dapatla RM55...berkira-kira juga untuk grab buku yang lain..tapi tak pernah plak beli produk Ana Muslim sebelum ni.. jadi saya cuba satu dulu...cantik juga produk Anamuslim ek..semua pink kaler gitu...haruslah berjinak-jinak after this..selalu jeling-jeling manja je kat booth itu...

Sempat juga pusing-pusing keliling, banyak booth dah tutup..mungkin sebab pergi dah malam...kat bahagian luar ada orang buat sketching...buat muka kartun boleh..buat potret pun boleh..lalu encik suami pun mintakla orang tu lukis gambar syifa..RM20 untuk saiz 11R..A3 kot...
Ni nak review buku ke, nak citer pi jenjalan?huh..selalu terbabas topik...sampai rumah jam 11 malam..siapkan Syifa itu ini, Ummi pun bersedia nak tido..capai dulu buku yang dibeli tadi...

oh..ohsemnya...saya ingatkan buku tu standard untuk kanak-kanak riang...lepas satu page, saya belek-belek...hinggakan en.suami menegur..taknak tido ker??Ralit sungguh....

Sangat-sangat recommended!!!!terutamanya untuk kamu-kamu yang ada anak-anak tengah membesar..walau dulu masa muda-mudi, pernah ambil subjek Quran Sunnah, tapi mana ingat lagi..sungguh..cerita-ceritanya..gambarnya..sangat santai...sangat ohsem!!!!


p/s: nak tahu lebih lanjut, boleh baca entri Puan Dina neh..malas nak tulis panjang2, kang dia kata saya meniru!!!miahaha...

Wednesday, January 25, 2012

Jangan Berputus Asa

jangan putus asa....
jangan sesekali berfikir untuk berputus asa..

semangat!!!!

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Thursday, January 12, 2012

Batu Karang: Punca dan Pencegahan


Ahad lalu, encik suami diserang sakit pinggang...sakit yang teramat sangat..berkerut mukanya menahan sakit bila bangun dan duduk...lalu, kami ke klinik..doktor cakap mungkin salah urat..diberinya ubat tahan sakit...tapi sakit tetap tak berkurang..esoknya encik suami ke klinik kerajaan..lepas diperiksa, doktor kata mungkin batu karang dan jumaat ini perlu di x-ray untuk melihat saiz dan kedudukan batu karang itu...

Langsung ingatan saya terus kepada arwah ayah...ayah saya mengidap penyakit buah pinggang pun disebabkan batu karang yang berada di buah pinggang..buah pinggang itu membengkak dan akhirnya rosak.....scary bukan?

kemudian saya google untuk dapat lebih info pasal batu karang ini....dan inilah hasilnya...


Punca penyakit batu karang

"Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak"..sumber : www.ipisilam.edu.my

cara atasi penyakit batu karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

· Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

· Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

· Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

· Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

· Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

· Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

· Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

· Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


dan berikut antara ayat yang boleh diamalkan untuk memecahkan batu karang..

Amalan Untuk Memecahkan Batu Karang

Firman Allah SWT : Yang bermaksud: "Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkan atau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai ’Bala’ balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakan ubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. Maha Penyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenis penyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelian makhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yang jelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah dan menjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.

Amalkan baca ayat ini 1X atau 3X pada air suam sebelum minum pagi. Ayatnya ialah:

Surah al-Baqarah: ayat 74


Maksudnya: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.?

Surah al-Insan: ayat 21


Maksudnya: Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.? sumber: www.masjidnegara.gov.my

Tuesday, December 27, 2011

Akarnya satu, Rantingnya beribu

Buat peringatan diri sendiri....

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai....

(ini saya copy dari FB Syabab Musafir Kasih)

Saturday, October 29, 2011

kursus pengurusan jenazah

Hari ni ada LADAP..perlu ke sekolah di saat2 mood tak tahu nak dulukan yang mana sebab terlalu banyak kerja sebelum bercuti panjang..(haha..panjangla sangat..kena bertugas juga!!!)

Tajuknya pengurusan jenazah...dalam hati ada sedikit ralat..bangun pagi pun rasa tidak ikhlas..(astaghfirullah)..sebab tajuk ni pernah belajar dulu..zaman sekolah..zaman uni...tak praktikkan jadi sudah lupa...alhamdulillah..rupanya Allah nak bagi ilmu untuk saya...

yang wajib buat bila ada kematian, mandi, kafan, sembahyang jenazah dan kebumi..

antara yang saya dapat..
  • mengiringi jenazah ke kubur, sunat bagi lelaki, makruh bagi perempuan dan bila bercampur keduanya sudah menjadi haram!(ni yang saya cuba bagitahu, kat tempat saya orang perempuan tak ke kubur walaupun yang meninggal tu ayah sendiri,masa tu saya tak tahu hukumnya tapi saya pernah tanya mak saya, kenapa orang perempuan tak ikut ke kubur?dalam tv boleh jer..mak saya kata orang perempuan banyak pantangnya..kalau period atau aurat tak tutup sempurna, tak boleh ke kubur...jadi senang tak payah pergi..ohh..mungkin adat kat tempat saya..kemudian pernah suatu ketika, saya melawat saudara sebelah suami yang meninggal di Cheras..saya tidak dibenarkan ikut serta ke kubur oleh ibu mertua kerana masa tu saya mengandungkan syifa..atas alasan takut terkena badi mayat.. tapi ibu mertua saya dan saudara mara perempuan semua ke kubur...saya rasa pelik, mungkin adat orang di situ semua ikut ke kubur.. sekarang baru saya tahu hukumnya..jadi lepas ni saya yakin untuk bagitahu mereka-mereka yang hampir dengan saya mengiringi jenazah ke kubur bukan hanya adat tapi ada hukumnya!)
  • isteri yang kematian suami perlu berada dalam edah 4 bulan sepuluh hari..tak boleh bercantik-cantik, memakai hiasan dan wangi-wangian dan bermekap segala bagai...dalam situasi sekarang, isteri2 bekerja, jadi cuma boleh ulang alik dari tempat kerja saja..keluar pun atas keperluan yang betul-betul perlu sahaja..bukan suka-suka hati..pakaian pun kena yang warna nya biasa2..tidak menyerlah apatah lagi merelap2 segalai bagai...
  • isteri boleh cium mayat suami dan sebaliknya..
  • tak boleh masak memasak dan segala aktiviti makan-makan kat umah si mati..boleh buat kat umah jiran2!!
  • yang nk buat siram kat kubur tu cukuplah guna air biasa..tak perlu bunga2 dan segala bagai..bidaah tu...(yang diada-adakan)
ada banyak lagi..termasuklah adab2 menziarahi orang sakit..tanda2 hampir mati n sebagainya..ustazah yang bagi ceramah tu pun best..banyak pengalaman..siap ada lawak2 lagi..dan juga ada praktikal mengkafankan jenazah.