Showing posts with label all about me. Show all posts
Showing posts with label all about me. Show all posts

Monday, November 3, 2014

introducing newborn baby

Sudah sekian lama...tak jengah blog...haha...banyak sebab, banyak faktor walau hati masih di sini...
okay, kita pendekkan cerita...

17julai 2014, selamat melahirkan bunga yang indah...another gigirl for me...anak ke 3 dengan nama Nur Naura Nadhifa binti Izar...debab, tembam, bulat...semua serah kat dia...now usia dah hampir 4 bulan...berat pun dah nk cecah 7kg...boleh bayang tak...kakak dia yang setahun setengah tu pun baru 9kg...hmmm...

sekian.

layan picca


p/s: pendek betul cerita hari ini..




Monday, January 13, 2014

Hari pertama memandu kereta

Usia dah menjangkau 31, baru terhegeh2 memandu kereta sendiri ke sekolah...orang lain dah ke bulan, ke bintang, saya masih lagi terkial2 di jalan raya..better late than never...ahaks!sebelum ni bawak skuter je...takyah susah2 penin kepala...tapi sejak dah pindah rumah sendiri, jarak lebih jauh..jalan plak ladang sawit, hutan...scary bawak motor...nak tak nak kena belajar drive kereta..nak hantar kakak sekolah lagi...

Hari ni, kena masuk dalam kalendar ni, buat cuti umum...hehe...hari pertama saya memandu..
ketar lutut, seram sejuk..nak paling muka kiri kanan pun takut....semua ada...Walau dah banyak hari praktis dengan en.abi...intensif lagi...khamis - ahad, tiap2 hari...

Besar2 saya tempal pelekat P..biar semua tahu saya budak baru belajar...haha..Radio pun tak berani bukak...kakak ajak bersembang pun , umi suruh diam...fokus!!!

Kelajuan 40-50 km/j aje...yang kelakarnya motor buruk pakcik pergi ladang pun potong saya...hmmm...

Lesen memandu amik dari 2007, ribu riban dah duit saya habis...2014 baru dapat lesennya..kalau masuk univ ni dah dapat phd barangkali...tu pun 3 kali repeat test on the road...kau ada...hahaha

Turun dari rumah 6.55 pagi...kalau boleh nak awal lagi...tapi pagi2 kelam kelibut...walau malam dah ready semua brg adik n kakak, pagi2 tetap juga sama...

Sampai sekolah 7.20...25 minit..okay dah tu...tapi hari ni buat pertama kalinya punch card merah...sebab tadi pagi planning hantar kakak ke tadika belakang sekolah...lepas tu jumpa makcik sedara, borak2 jap, pastu dia nak hantarkan kakak, pastu dah satu kerja tak reti nak pusing kete...haha...kena masuk dalam taman, cari simpang yang besar sikit untuk u turn...lepas tu berenti kejap beli nasi lemak, alih2 anak makcik nasi lemak nak tumpang pergi sekolah...haihhh...7.38 hari ni punch card...merah mak ngah!!!

Dah masuk kawasan sekolah. tak reti plak dah nak parking...cari tempat betul2 strategik, bawah pokok tepi padang...luas...lega karang nak balik...tapi tengah hari nak amik kakak..kena berani juga untuk lintas jalan...harap2 kete tak banyak...selalu tengah hari tak banyak...

Lesson of the day, kena berani...berani dan berani...tak cuba sampai bila2 kita takut...mana tahu 1 hari ada emergency, takde suami...kita nak harapkan siapa..betul x....dapat bawak ulang alik pergi sekolah cukupla....

Lepas ni nak belajar jalan ke klinik desa...senang check up baby bulan2...semoga Allah permudahkan.


Wednesday, January 30, 2013

2

Bila en. abi termimpi-mimpi nak bende alah neh......


ditambah dengan menatam neh....

Boleh tak puan umi mintak backdated abi tu belikan ini dulu....


Lepas tu baru kita boleh bincang2 pasal nak amik tv baru....boleh gitu?

Thursday, January 3, 2013

Tiga Entri Pendek Untuk Tahun Baru

Hari ketiga dalam tahun baharu 2013..hari kedua kembali ke sekolah, baru ada mood nak menghapdet blog..tapi blog kawan-kawan sentiasa saya jengah..ada yang rajin mengupdate..ada juga yang bersawang macam saya..haha..

Sedikit cerita suka-suki cuti sekolah...
Tidaklah umi dibawa berjalan-jalan..sementelah encik abi tiada cuti lagi..nasib baik dapat juga balik kampung untuk 2,3 hari..sempat juga bermanja dengan bonda dan adik-adik...sempat juga meredah air banjir...itupun di hari-hari terakhir cuti...

Tapi abi sangat terbaikkk..ecece..walau agak terhad, setiap weekend je bawak umi n si tecik keriting bambam jalan-jalan..pusing-pusing bandar Melaka..tengok wayang..makan-makan..pergi piknik dan mandi laut kat Pantai Puteri..pergi kenduri kawen...ok la tu...

En.abi bersama si tecik keriting bambam @ pantai Cherating...
Bila takde agenda jalan-jalan..umi main masak-masak dengan si tecik keriting bambam..banyak juga resepi dari en.google yang sempat dicuba...

Sedikit kisah si tecik keriting bambam...
Dah tak tecik lagi...dah 2 tahun 4bulan pun..tapi bercakap cuma satu suku kata je..yang hujung2 plak tu...lambat betul la nak dapat bercakap..hai la hai...risau juga...tapi bila google2...takde apa la.. perkembangan kanak-kanak kan berbeza...insyaAllah...

Sedikit update pregnancy kali ke3...
Sekarang dah 22 minggu..dah lama tak scan..tapi umi dah dapat  rasa baby kadang2 mengeras..kadang2 ada rasa geli2...berat badan untuk bulan ni berlebihan 3kg..(opps!!)kena minum air gula dan check tekanan darah selang sehari untuk 2 minggu...minum air gula umi buat kat klinik panel abi..air gula kat private clinic ada perisa ..blackcurrant gitu...sedapla sikit dari klinik kerajaan..hihi..

Mengandung kali ni kena bisa tulang-tulang pinggang ke bawah..sangat seksa bila nak bergolek-golek..takpe la..umi enjoy je...tapi yang selalu jd mangsa tentula en.abi...haha

Sekian 3 entri pendek kali ini...semoga segala urusan saya dan kamu-kamu di tahun baru ini dipermudahkan Allah S.W.T...

Wednesday, November 28, 2012

Semek Toqq

Saat ini..
Encik abi syifa sedang melayan bola..Malaysia lawan Laos..dah 2 - 1..
cepatla abis bola oii..cik puan umi syifa nak nengok adam hawa plak neh..
dah la masterchef dah terlepas...seb baik dah rekod siap2!!!

Sambil-sambil itu, cik puan umi Syifa sempat juga mengadap lappy biyu..
sempat jua menggodeh-godeh blog..
sementelah si tecik keriting bam-bam sudah bergolek hanyut dibuai mimpi..
kalau ada dia, asik nak tengok apim-apim je...(upin ipin sebenarnya..)
tambahan umi kena siapkan isi e-splg...hape kebenda ntah umi pun blur2 lagi..
betul ke tak umi isi ni pun tak tahu..terserah..






Cuti sekolah sehari-semalam umi melayan si semek toqq ni je..
tengok tu..terkial-kial pakai helmet terbalik...
tiap-tiap hari pun buat umi geram dengan gelagat dan keletah dia..
hai la hai...cepat juga kamu membesar ye..umi rasa macam baru lagi beranakkan kamu...haha..

Wednesday, August 1, 2012

Level Up

Yup!!!ianya sudah Ramadhan 12..cepat-cepat!!!!kalo main game ni patutnya dah level up...tapi kenapa takat tu je...awal2 Ramadhan hari tu bukan main bersemangat...checklist bagai konon...berapa je yang tercapai....ni bersemangat juga, tapi bersemangat buat kuih raya, shopping raya...haipp!!!ummi Syifa nak kena ni...

Semoga tidak lalai...semoga tidak rugi...semoga tidak kalah dalam 'race' ini...

Checklist yang di'up-grade'kan :
1. Masak lauk berbuka untuk famili setiap weekend..(ada lagi 2 weekend)
2. Tak marah kanak-kanak ribena kat sekolah sehingga akhir Ramadhan
3. Banyak beri salam, banyak senyum, banyak sedekah...tidak banyak bercakap perkara yang sia-sia..

Wednesday, June 27, 2012

Ayat-ayat Chenta


KENAPA KITA DIUJI?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
-Surah al-Baqarah ayat 177

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…"
-Surah at-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah at-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87

UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
- Surah al-Mukminun ayat 62

APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI??

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya."
- Imam Muslim

Tuesday, June 19, 2012

Bercinta Kerana Dia

suka-suki kami...
Ini saat suka-suki kami..momen-momen indah untuk dikenang pada masa depan..yup!!!tidak perlu desiran ombak dan angin sepoi-sepoi dengan lagu balada pun nk abadikan momen ini..cukup sekadar ini..momen hepi ini moga kekal sampai syurga..Doakan kami yah!!!Juga buat kamu-kamu!!

Bunga-bunga chenta kita semua moga terus kembang mekar di bawah rahmat-Nya.

Pabila Guruh Berdentum

Saya dapat ini dari sini..

Lima ujian Allah sebagai tanda Allah mencintai kita:
1. Sesungguhnya apa yang dibebankan, atau disusahkan adalah untuk kebahagiaan kita.
2. Apa yang Allah ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di akhirat kelak.
3.Apa yang menyebabkan Allah buatkan kita menangis adalah supaya kita ketawa di akhirat kelak.
4. Apa yang Allah haramkan untuk kita supaya kita dapat kebaikan darinya.
5.Apa yang Allah timpakan musibah kepada kita adalah tanda Allah mencintai kita..

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat...kita menagis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya matahari..rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi...

Saya tahu Allah mengatur sedemikian rupa pasti ada hikmahnya..tapi kenapa begitu sukar untuk redha..untuk ikhlas..banyak kali saya mengeluh..melihat orang lain lebih baik, lebih bahagia..hati mula dihasut setan gemok..mula berfikir yang bukan-bukan..mula merungut dan memberontak..haipp!!!

owh!!sukarnya untuk melihat dari sudut pandang yang lebih ohsem..apakah ini petanda hati yang perlu dirawat?Jadi, Ayuh!!!!Perlu sediakan senjata paling ohsem untuk perang setan jahat!!!

Duhai hati yang separuh dalam diri saya dan separuh lagi pada en.suami.hehe.,,

Bersabarlah saat meter naik sampai tanda amaran!!!
Bersyukurlah saat kesusahan melanda walau hingga terduduk!!!

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik...bersangka baiklah!


Thursday, June 14, 2012

Cuti Sekolah Mei-Jun 2012

Sudah kembali dari cuti panjang..sebulan juga rasanya...everything kena refresh balik sebab dah blur-blur..alangkan tak bercuti pun blur jg..haha...

2 minggu berpantang...macam bersalin Syifa dulu..berstokin dan segala bagai..tapi kali ni makan jamu Nona Roguy..makan seminggu je..pastu naik gatal-gatal..kena ambil ubat klinik plak untuk hentikan gatal-gatal tuh..huhu..mungkin ianya tak serasi dengan saya..

Wedding kakak n adik saya...alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..walaupun kecil-kecilan tapi ianya cukup melegakan hati bonda tersayang..sempat juga saya berposing di pelamin..perasan sambut anniversary lah tuu...

Balik kampung kali ni sempat makan nasi dagang air tangan ibu tersayang..sempat juga makan ikan celup tepung di Pantai Teluk Ketapang..sangat best..kemudian dua kali kami naik kereta kuda di Pantai Batu Buruk..sempat juga mengikuti rombongan hantar pengantin ke Jerantut..mak aihh..jauh juga rupanya....masa pergi 6 jam dari rumah saya..masa balik jadi sepuluh jam..singgah situ, singgah sini..hmm...

Sempat juga menziarahi kubur ayah tercinta..masih cantik..masih seperti baru..adik lelaki bongsu saya selalu menziarah terutama hari Jumaat..selalu dicabutnya rumput-rumput.dibersihkan kawasan kubur ayah..hati sedikit sayu..sebak juga...

sempat plak kamu pandang kamera ek si tecik!!!


Sebelum berangkat pulang ke Melaka, sempat juga ke Pasar Payang membeli keropok, gajus dan anggur..sekian entri sempena cuti sekolah..rutin harian sebagai isteri, ibu, cikgu n lain-lain lagi bermula seperti biasa..

Tuesday, May 1, 2012

Ujian Memandu Part 1

Hari  tu hari Isnin..saya ambil cuti..kata kak Jue, datang pukul 10..saya dalam sesi kedua...pas ambil surat kebenaran, beratur untuk ambil pass dan nombor..sesi 2, no 47...fuh!!!dapat tag kaler biru...

Kemudian ke kaunter JPJ..Alhamdulillah..bilik kecil itu berair-cond..matahari mula bersinar garang..walau baru pukul 10, peluh sudah merembes laju...sebaik kaki melangkah ke bilik kecil itu, selautan manusia rupanya ada kat dalam..dari luar tak nampak..intai-intai juga tempat duduk..full..dari remaja muda belia hinggalah ke dewasa yang mungkin hampir separuh abad usianya..ye, saya bukan orang paling tua ambil lesen memandu..(itu fakta!)

Rupanya sesi 1 pun belum selesai..apatah lagi nak mulakan sesi 2..dan ada lagi satu sesi untuk ulangan..fuh, jenuh juga nmpknya ummi syifa kena menunggu..tak lama lepas tu, ada tempat duduk kosong..Alhamdulillah, dapat juga duduk sementara tunggu giliran..

Jam sudah ke angka 12..perut mula menyanyi minta diisi..tambahan pagi tadi cuma makan sekeping roti canai kosong..kongsi berdua dengan Syifa..tu pun tak lalu makan..fikirkan test punya pasal,,Lebih-lebih ada baby dalam perut..lagila bila lapar, macam-macam rasa ada..nak muntah pun ada...pening, sakit kepala...terasa mahu cancell aje test hari ni..tapi kalau cancel bila lagi..nanti jadi macam dua tahun lepas..bertangguh lagi..owh tidak!!!terpaksa gagahkan jua..demi anak-anak..cewah!!!semoga Allah permudahkan..

Serius tak tahan , pergi mart, beli roti n air kotak n air mineral..n asam..sebab tekak dah mula loya...dalam hati merungut juga..bukan diorang tak boleh set masa betul2..kalau sesi dua mula pukul 1, cakapla pukul 1..tak perlu saya datang seawal jam 10...cuak juga saya kalau-kalau diorang berhenti rehat plak pukul 1 hingga 2...nasib baik tidak..

Bila azan Zohor mula berkumandang..sesi 2 baru nak  bermula...lama juga, baru tiba giliran saya..buat bahagian ii dulu..mendaki bukit, side parking n 3 pointer..tiga calon sebelum saya GAGAL...takutnya saya...baca-baca juga apa yang terlintas di hati..semoga lebih tenang....akhirnya tiba giliran saya..betulkan tempat duduk, start enjin, tekan clutch, masuk gear 1, tekan minyak, turun handbreak...ok..kereta jalan, tapi tak sampai line kuning, saya dah tekan brek...opps!!!
"ulang lagi!"..kata encik pegawai JPJ..
Mula balik dari bawah..Alhamdulillah, kali kedua cecah line kuning..angkat tangan, ok, Jalan!!tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, enjin plak mati...

sayup-sayup dengar suara encik pegawai JPJ, "maaf dik, cuma boleh buat dua kali, datang lagi minggu depan,"

huwaaa...kejamnya dunia..serius!!!keta itu sangat rabak..tiga calon sebelum saya GAGAL..dan saya, dan juga calon selepas saya...(alasan keta rabak tidak diterima sama sekali..miahahaha)

Terus call hubby..kuciwa!gundah gulana!!!!proses nak pulihkan hati juga ambil masa..lagi bertambah takut untuk test bahagian i...

Kemudian menunggu pula untuk test bahagian i..memandu di jalan raya..yang lepas usah dikenang..sedia je duit RM62 untuk repeat bahagian II itu...dalam hati berdoa, semoga dapat encik pegawai yang boleh lebih kurang..dan semoga dapat laluan A..sebab laluan C saya tak ingat..belajar pun dua kali saya rasa..dan saya confident, kalau laluan C, pasti enjin mati masa naik bukit dekat dataran MBMB itu..

Dalam pukul 2.30, tibalah giliran saya..dapat encik pegawai yang muda belia..tangan dah sejuk gila..menggeletar..1 sebab lapar gila-gila..2 sebab takut gila-gila..kombinasi yang sangat baik kalau g check, confirm darah tinggi..belum keluar jalan besar, enjin dah mati...permulaan yang tidak baik..kemudian saya teruskan juga...

"jalan mana encik?" tanya saya.

"jalan A", kata encik pegawai JPJ..

Alhamdulillah...lega dalam hati..sepanjang jalan encik pegawai ajak bersembang..saje nak buat saya confuse..dalam hati tak putus-putus berdoa...banyak juga kesalahan yang saya buat...ada satu tempat tu, ada kereta berhenti atas jalan n saya kena memotong..takut gila saya..nasib baik berjaya memotong walau terlupa tukar gear...akhirnya selamat tiba...

Kata encik pegawai, "minggu depan datang lagi"

"hah! gagal lagi".....

Saya tengok dekat borang..LULUS..dia main-mainkan saya rupanya...yeiii..sonot2!!!!Alhamdulillah...LULUS bahagian I..kena repeat bahagian II minggu depan...hilang sudah pening-pening n sakit kepala..tapi lapar masih ada...

Doa-doakan saya semoga minggu depan saya lulus dan akhirnya dapat P untuk kereta..boleh bawak Syifa jalan-jalan!!!(haha..berangan!)

Saturday, March 10, 2012

Memperkenalkn Famili Baru Saya Cik Oly Dari Jepun!!!

Kamera pertama saya, jenama kodak..yang guna filem tuh..nak kena habiskan semua filem, pastu pergi kedai cuci gambar..baru boleh tengok gambar jadi tak jadi...bukan macam sekarang..boleh view, edit dan segala bagai ..kalau agak tak jadi boleh delet2..saat menunggu gambar sudah di cuci adalah momen-momen yang mendebarkan...sudahlah masa hantar, bukan terus dapat..seingat saya makan masa 3,4 hari juga...


Kamera pertama saya harganya RM88..masa tu kamera digital sudah mula mendapat tempat..jadi kamera pesen lama itu, dipromokan, mengabihkan saki-baki stok kot..sebab tu la murah..siap dapat 2 gulung filem free lagi..haha..lucu gila...sebab banyak gambarnya saya tak sempat cuci pun..yer la...bila dah habis pakai, simpan dulu sementara ada duit nk cuci..sampai masuk angin pun ada..

hayat kamera tu dengan saya tak lama..kemudian henfon kamera pula beranak-pinak di pasaran..dari yang gambar blur, sampaila ke 5, 8 megapixel..pergi mana-mana ajer boleh snap gambar..tapi sedikit leceh..memori telefon banyak lagi mende alah lain nak disimpan...lagi pun macam tak berapa feeling amik gambar pakai telefon...(hihi....)

Sehinggalah hati terjatuh chenta dengan Nikon 1..kamera digital yang kompak dan ringan dan boleh diselit dalam beg untuk di bawa ke mana-mana..owh...momen-momen indah dalam kehidupan ini terlalu banyak untuk diabadikan..apatah semenjak ada model amatur si tecik Syifa, lagilah keinginan memiliki Nikon 1 membuak-buak..rakus sungguh nafsuku..(eheh)

sape tak tergoda?habaq mai!!!!!dahlah kaler putih..seksi..mengancam..auwww!!!

lalu...haa...ni objektif entri kali ni sebenarnya...berjalanla sepasang suami isteri bersama model amatur ke JJ mensurvey Nikon 1..tilik punya tilik....terasa je nk grab 1..tapi masih juga berkira-kira...tadi kata nak survey jer...dan-dan tu jugak mamat cino tukang promo tuh pomot plak kamera Olympus pen mini...kaler putih juga...aduh!!!!kofius sudah...chenta di hati sudah berbelah bagi...Cik Oly itu menggoda dan menggoda akhirnya berjaya menumpaskan Cik Nikki...owh!!!!


Finally...Cik Oly berjaya menambat hati..ohsem!!!!inilah satu-satunya kamera digital milik saya...hmm..nanti saya review mende alah ni dalam entri yang lain..(haha...poyos!ada ke orang nak tahu....)..takpela..syok sendiri itu cool!!!!

Beberapa hari selepas ini akan lebih busy menggodeh-godeh Cik Oly...


Monday, March 5, 2012

Entri Bergambar

Ini adalah aktiviti hujung minggu kami...berjimba-jimba dengan si tecik syifa..sudah lama rasanya tidak mengupload gambar buah hati yang sorang itu...ni belum lagi ummi beli nikon 1 yang diimpi2kan itu...kalau dah ada esok, banyakla entri bergambar nanti...a picture is worth a thousand words...(poyos)...hehe...





p/s : sila ignore dua orang dewasa yang cuba mencelah
p/s 2: Ummi betul2 teringin la nikon 1 tu..encik abi syifa, sila beli!

Wednesday, February 1, 2012

Norcolut


Ini la pil yang saya dapat semalam..


Norcolut..pil untuk turun darah...kena makan 1 biji 2 kali sehari..doktor bagi untuk 5 hari..2,3 hari lepas tu period akan datang seperti biasa..kata puan doktor...itupun selepas di scan dan buat UPT yang ke 5 atau 6 seingat saya..sudah 2,3 klinik saya pergi...UPT negatif dan scan pun tiada kelongsong baby...tapi awas! pil ni hanya boleh dapat melalui preskripsi doktor sahaja..sebab pil ni juga boleh gugurkan baby...

Hasil peng'google'an saya, byk sebab puan 'p' tidak mahu menjengahkan dirinya...antaranya stress dan juga pertambahan mendadak berat badan...hormon berubah, jadi puan 'p' macam konfius nak datang ke tak...pil ni InsyaAllah akan kembalikan kitaran puan 'p' seperti biasa...
(dah agak dah...mesti ada kaitan dengan berat badan punyer....)

dah makan ubat ni kena mula berdietla plak...lemak2 dah banyak berkumpul nih...makan plak x pernah xder selera...dan lagi satu habiskan EPO yang saya beli sejak sekian lama x habis2 lagi.....EPO tu pun bagus juga untuk hormon...

Nampaknya belum masa Syifa nak dapat adik..semoga Allah permudahkan untuk kali yang lain pula....

Wednesday, January 25, 2012

Jangan Berputus Asa

jangan putus asa....
jangan sesekali berfikir untuk berputus asa..

semangat!!!!

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Thursday, January 5, 2012

UPT negatif, tapi hamil?

UPT saya negatif...tapi puan 'p' sudah dua bulan delay...hmm...ada tak orang UPT negatif tapi hamil...doktor tadi pun macam tak berapa nak sure je bagi ubat...saya demam dan pening..tapi dia bagi ubat sakit, antibiotik, surut bengkak...apsal tak bagi ubat demam or ubat pening2 lalat????

confuse! confuse!

(ke ubat demam bahaya untuk wanita hamil???)

saya cuba search dekat encik google...

ada satu blog dr.faridah kata UPT paling baik buat waktu pagi..dan tadi saya buat waktu malam..mungkin kepekatan HCG belum cukup untuk dikesan oleh strip test tu...tapi dah dua bulan delay, pttnya kepekatan HCG dah tinggi...hmmm...

selain UPT boleh juga buat ultrasound..ataupun check HCG dalam darah...hmmm....nampaknya akan ke klinik lain pula sehari dua lagi...kalau negatif juga, mungkin hormon saya tidak stabil...mungkin belum rezkinya syifa nak dapat adik...huu...


positif thinking!!
selagi puan 'p' belum muncul, kemungkinan untuk hamil itu masih ada...InsyaAllah...




Saturday, December 31, 2011

entri terakhir 2012

Ini bukan entri ucapan tahun baru..(haha, padahal dah menempek gambar tahun baru 2012...whateva!!!)...

Cuti sekolah hampir berakhir....tinggal sehari dua je lagi...tapi untuk cikgi2...kebanyakan sekolah sudah mula beroperasi seminggu lebih awal...siapkan itu ini untuk hari pertama persekolahan sesi 2012...ada juga yang sudah mulakan orientasi murid-murid tahun 1...bagi ibu bapa yang ada anak baru masuk tahun 1, mungkin lebih excited..

Saya pula akan mula mengoperasikan bilik sejuk saya awal2 pagi esok..kudrat en. suami sudah dichup awal2 lagi untuk turut sama membantu....membersihkan habuk2 di kelas, menyusun apa2 yang patut supaya tip top pada hari pertama nanti...(semoga encik pegawai yang memantau tidak masuk ke kelas saya..Amin)

Sekian saja entri terakhir 2011...


Tuesday, December 27, 2011

Mertua vs Menantu


menantu lelaki vs bapa mertua - ngam
menantu lelaki vs ibu mertua - no problem
menantu perempuan vs bapa mertua - ok
tapi...

bila menantu perempuan vs ibu mertua - opps!!!

cerita saya:

Sudah tiga tahun saya tinggal sebumbung dengan mertua...setakat ni saya rasa ok..dan saya berharap semuanya baik-baik sahaja sementara menunggu rumah yang dibeli siap untuk diduduki 2013 ni..InsyaAllah...

Antara penyebab saya boleh tinggal lama sebumbung dengan mertua ialah saya satu-satunya menantu perempuan dan saya takde adik ipar perempuan...Alhamdulillah, adik beradik suami saya semuanya lelaki..jadi tidak timbul soal iri hati, dengki dan sakit hati...sebab saya rasa kalaulah ditakdirkan Allah saya ada adik ipar perempuan, ataupun ada biras perempuan..dah lama saya angkat kaki...perempuan sesama perempuan memang sukar duduk sekali...

Di sini saya tak boleh nak bergaduh dengan sesiapa...saya tak nampak ibu mertua saya lebihkan sesiapa sebab saya sorang2...lagipun ibu mertua saya sangat baik...sangat friendly...boleh dibuat kawan...dan saya berharap sikapnya berterusan walaupun selepas ini dia dapat menantu lain...tapi saya rasa sementara dia nak dapat menantu lain, saya dah angkat kaki dari rumah ini...hehe...

...dan untungnya berbaik dengan mertua ialah, bila suami buat perangai.....saya ada tempat merujuk..dan saya berupaya membuatkan ibu mertua saya betulkan kesilapan suami saya...dan suami sudah semestinya akan dengar cakap ibunya...

Tapi pengalaman setiap orang berbeza..ibu mertua setiap orang pun berbeza..saya berharap hubungan baik saya dan ibu mertua berkekalan hendaknya...dan pesan ibu saya, sementara orang masih sayang, usahakan duduk berasingan...jangan tunggu orang dah benci baru nak pindah...(insyaAllah mak!)





Akarnya satu, Rantingnya beribu

Buat peringatan diri sendiri....

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai....

(ini saya copy dari FB Syabab Musafir Kasih)

Monday, December 26, 2011

Rabun Silau


Petang tadi saya ke Mydin MITC...tergerak hati nak check mata..akhir-akhir ni mata rasa pedih..nak-nak bila duk ngadap laptop...juga ada rasa kabur...saya tahu memang saya ada rabun..tapi selama ni buat2 tak tahu jer...sesudah check, hasilnya rabun jauh 50 dan silau 75...ngetest la sekali spek2 di situ..tapi tak beli pun..sebab rasanya masih nampak lagi..tak perlula saya pakai spek...tunggu dulu la....tapi mungkinkah kalau dibiarkan nanti bertambah teruk...atau kalau saya pakai spek sekarang, ianya boleh diperbaiki...hmm...


p/s: saya nak pakai spek yang boleh buat saya jadi cantik macam ni...miahaha...