Saturday, October 29, 2011

kursus pengurusan jenazah

Hari ni ada LADAP..perlu ke sekolah di saat2 mood tak tahu nak dulukan yang mana sebab terlalu banyak kerja sebelum bercuti panjang..(haha..panjangla sangat..kena bertugas juga!!!)

Tajuknya pengurusan jenazah...dalam hati ada sedikit ralat..bangun pagi pun rasa tidak ikhlas..(astaghfirullah)..sebab tajuk ni pernah belajar dulu..zaman sekolah..zaman uni...tak praktikkan jadi sudah lupa...alhamdulillah..rupanya Allah nak bagi ilmu untuk saya...

yang wajib buat bila ada kematian, mandi, kafan, sembahyang jenazah dan kebumi..

antara yang saya dapat..
  • mengiringi jenazah ke kubur, sunat bagi lelaki, makruh bagi perempuan dan bila bercampur keduanya sudah menjadi haram!(ni yang saya cuba bagitahu, kat tempat saya orang perempuan tak ke kubur walaupun yang meninggal tu ayah sendiri,masa tu saya tak tahu hukumnya tapi saya pernah tanya mak saya, kenapa orang perempuan tak ikut ke kubur?dalam tv boleh jer..mak saya kata orang perempuan banyak pantangnya..kalau period atau aurat tak tutup sempurna, tak boleh ke kubur...jadi senang tak payah pergi..ohh..mungkin adat kat tempat saya..kemudian pernah suatu ketika, saya melawat saudara sebelah suami yang meninggal di Cheras..saya tidak dibenarkan ikut serta ke kubur oleh ibu mertua kerana masa tu saya mengandungkan syifa..atas alasan takut terkena badi mayat.. tapi ibu mertua saya dan saudara mara perempuan semua ke kubur...saya rasa pelik, mungkin adat orang di situ semua ikut ke kubur.. sekarang baru saya tahu hukumnya..jadi lepas ni saya yakin untuk bagitahu mereka-mereka yang hampir dengan saya mengiringi jenazah ke kubur bukan hanya adat tapi ada hukumnya!)
  • isteri yang kematian suami perlu berada dalam edah 4 bulan sepuluh hari..tak boleh bercantik-cantik, memakai hiasan dan wangi-wangian dan bermekap segala bagai...dalam situasi sekarang, isteri2 bekerja, jadi cuma boleh ulang alik dari tempat kerja saja..keluar pun atas keperluan yang betul-betul perlu sahaja..bukan suka-suka hati..pakaian pun kena yang warna nya biasa2..tidak menyerlah apatah lagi merelap2 segalai bagai...
  • isteri boleh cium mayat suami dan sebaliknya..
  • tak boleh masak memasak dan segala aktiviti makan-makan kat umah si mati..boleh buat kat umah jiran2!!
  • yang nk buat siram kat kubur tu cukuplah guna air biasa..tak perlu bunga2 dan segala bagai..bidaah tu...(yang diada-adakan)
ada banyak lagi..termasuklah adab2 menziarahi orang sakit..tanda2 hampir mati n sebagainya..ustazah yang bagi ceramah tu pun best..banyak pengalaman..siap ada lawak2 lagi..dan juga ada praktikal mengkafankan jenazah.

1 comment:

  1. Btol Na, kampung aku pon memang xde pompuan g ke kubur even yg meninggal ahli keluarga terdekat sendiri. kalau yang pergi tu kebanyakan org luar je.
    Iringi jenazah tu x penting. Yang penting kita doakan si mati. X kire dari mana kite berdoa pon, insyaAllah Tuhan terima.

    ReplyDelete