Tuesday, December 13, 2011

surat untuk ian n hexa

ian dearie.....
warkah ini ditujukan khas buat bakal pengantin azian rashid @ ian dan juga buat tatapan warga hexa..(tak termasuk hexa junior sebab sang teruna zakwan n cik kimi hanya membontoti bonda masing-masing sahaja)...aku malas nak cerita bagaimana aku mencari ilham menyusun kata-kata selama 7 hari 7 malam di teratak bonda aku...kang aku cerita jadi entri seram plak...

ian...
pertama sekali aku mohon ampun dan maaf kerana di sini dengan dukacita dan rendah diri aku memaklumkan ketidak-dapatan aku menghadiri undangan perkahwinan kamu nun jauh di pulau mutiara sana..hanya warkah pengganti diri bersama doa dan harapan semoga kamu berbahagia dengan pilihan hati.. (saat ini lagu pelamin anganku musnah terngiang-ngiang di telinga...ape kesss?)

ian dan warga hexa yang kusayang...
sungguh...aku telah membuat permohonan rasmi dari encik suami...dengan sedikit aksi2 manja dan rasuah belanja makan kepsi...encik suami bersetuju memohon cutinya yang ketika itu berbaki 6 hari..katanya 3 hari balik tganu, 3 hari ke pulau mutiara...

kita hanya merancang...Allah jua yang menentukan..
ditakdirkan ketika aku berfoya-foya di kampung, bonda tersayang menyuarakan hasrat hatinya ingin ke Melaka...
" hari ahad kite tolok..pahtu jumaat kita balik la plok...abg izar antorla ea...cuti ar khamis, jumaat sabtu bawak mok jalan2.." peh..bondaku bercakap dalam bahasa tganu yang cuba di KL-kan lantaran suamiku yang tak bape faham cakap-cakap orang tganu..

siapalah aku untuk menghampakan harapan orang tua itu.....jadi dengan berat hati encik suami telah menghabiskan cutinya yang 6 hari itu dengan.. (2 hari hantar aku blik tganu, 1 hari jemput aku n bonda n adik2, 1 hari berpoya2 dengan bonda n adik-adik di melaka, 2 hari hantar diorang blik tganu n balik semula ke melaka)

betapa berat jari jemariku bergerak atas papan kekunci cik lappy biyu baru aku ni, berat jugalah aku harap hati korang dapat merasainya...tidak terlintas sikit pun untuk aku mengenepikan majlis geng hexa yang sorang itu...semoga kunjungan aku pada hari raya hari tu ke rumah bakal pengantin dapat cover ketidakhadiran aku kali ini....(ampunkan patik penunggu gua! ampunkan patik penunggu gua!)...err...apatah lagi korang ingat aku mampu ke menahan kutukan-kutukan hexa2 yang pedas berapi...juga berisiko bakal dipulaukan....huh...bertabahlah na....

sungguh...aku redha dengan apa yang bakal berlaku...tiada lain yang kuharapkan selain pengertian dari kamu semua....aku sudahi dengan last warning pertama...'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'...

salam sayang...


No comments:

Post a Comment