Monday, December 26, 2011

anniversary ibu bapa mertua

Hari ini ulangtahun perkahwinan mertua saya..ulangtahun yang ke 27..Awal-awal pagi lagi ibu mertua saya bersiap..bercantik-cantik..katanya mahu berdating hari ni dengan bapa mertua..pusing-pusing bandar Melaka..pergi makan-makan..jalan-jalan..tengok wayang."haishhh...macam orang muda pula",kata saya...hihihi...

Teringat cerita ibu mertua bagaimana mereka berkenalan..bapa mertua masa tu bertugas di balai polis Merlimau..ibu mertua pula masih lagi bersekolah di SDARY..dekat je dengan balai polis..jadi balik sekolah tiap-tiap hari memang akan lalu balai polis..di situlah bapa mertua selalu nampak, lalu dingoratnya..habis saja tingkatan lima, terus dipinangnya ibu saya...bapa mertua anak yatim piatu..dahla sebatang kara di Melaka..kampung asalnya di Penang..dengan gentle nya dia sendiri yang pergi pinang ibu mertua saya..

Doa saya untuk kedua ibu bapa mertua, semoga kasih sayang kalian berkekalan dunia akhirat..

p/s: countdown birthday en.suami lagi 2minggu..hmm....apa nak bg ea!!!!

2 comments: