Thursday, April 5, 2012

Panjang Pendek Jodoh Pertemuan Tidak Boleh Diukur Dengan Kayu Pembaris

Kata orang, tempoh 1-5 tahun perkahwinan itu adalah tempoh yang banyak dugaan..tempoh untuk saling mengenal buruk baik pasangan...mengenal luar dan dalam....kalau dapat melepasinya, InsyaAllah, hidup berumahtangga lebih bahagia selepas itu...benarkah?

Seseorang yang saya kenal, sudah hidup berumahtangga  lebih 7-8 tahun..anak yang sulung pun dah tahun 1, tapi sampai sekarang asyik bergaduh aje laki bini...bergaduhnya tak agak-agak. bila baik, berkasih pun tak agak-agak..apa yang digaduhkan pun saya tak faham..ada rumah, ada kerja, ada anak-anak...si isteri punya gelang dan rantai emas, bukan main meleret2, tidak bahagiakah?

Seseorang yang saya kenal, bila dah bercucu dan bercicit, bila masing-masing dah sangat tua, dah tak mampu nak jaga diri, bercerai talak 3..berpuluh-puluh tahun berkahwin, hidup bersama...sama-sama susah...sama-sama senang...akhirnya, menghabiskan hari-hari tua bersendirian...

Seseorang yang saya kenal, sedang mengandung anak sulung..baru meraikan ulangtahun pertama perkahwinan..tapi setiap hari di facebook, merungut, mengeluh tentang pasangan yang tidak memahami..Dia tidak perlu bekerja pun..cuma duduk di rumah melayan makan pakai suami...pun masih ada perkara yang belum berpuas hati...

Seseorang yang saya kenal, sudah menghampiri angka 40...masih mencari teman hidup...katanya berkahwin itu satu bonus..bercintalah...tanpa mengharapkan apa-apa...kalau ada jodoh, kahwin..kalau tiada, kekal la sebagai kawan...orangnya cantik, baik....pernah saya tanya sampai bila..."ntahla sal, " jawabnya...

Benarlah, kebahagiaan, panjang, pendek jodoh pertemuan, tidak boleh diukur dengan kayu pembaris....kalau sudah tertulis jodoh bermula dan berakhir di situ, di situ la....kalau sudah tertulis jodoh pertemuan dengan orang itu, orang itula...

entri ditulis selepas membaca artikel ini...


dan juga kisah nenek ini..


p/s: Semoga usia perkahwinan saya dan kamu-kamu sampai syurga...dan sentiasa di bawah rahmat-Nya.

No comments:

Post a Comment