Thursday, March 24, 2011

sihat sebelum sakit

bila anak sakit..saya susah hati..
sangat kesian bila tengok si tecik syifa batuk tak berhenti-henti...
sampai satu masa dia seolah-olah susah nak bernafas...
cepat-cepat en. suami bawa ke klinik..
tak sangka keadaan buah hati begitu teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans
terpaksa menyedut oksigen 3 jam sekali..

hati ibu mana tidak gusar melihatkan anak kecil muntah2..
tidurnya pun tidak lena lantaran batuk yang bertalu2..
sungguh..kalau la ummi dapat sedut sakit syifa tu..

2 hari 2 malam syifa terlantar di wad pediatrik Hosp Melaka..
2 hari 2 malam jugalah ummi setia meneman di sisi...
2 hari 2 malam jugalah abi ulang-alik tengok syifa n ummi....

tu baru 2 hari...
ada ibu di wad yang sama sudah 2 minggu menjaga anak kecilnya..
ada jangkitan kuman pada otak...
ada juga ibu di sana yang anak kecilnya langsung tak boleh letak..menangis sepanjang masa..
meronta-ronta diberikan oksigen..


teringat cerita bonda saya..
bila kita berada di kalangan mereka2 yang sakit, kita akan bersyukur sangat2 dengan anugerah kesihatan kita..
bonda yang hampir empat tahun menjaga arwah ayah sudah biasa dengan situasi itu..
ada yang lebih teruk sakitnya...
ada yang tak de penjaga, sebatang kara di wad...
kalau ke wad nefrologi, kanak2 pun ramai yang menjalani dialisis..

kata bonda, ayah sekurang-kurangnya mengidap penyakit buah pinggang di usia 52 tahun..
sudah separuh abad ayah menikmati keindahan dunia...
sudah separuh abad ayah berbakti pada keluarga...
sempat berjalan ke situ-ke sini..
sempat menghantar anak ke universiti..
sempat merasa titik peluhnya berbayar...

syukur ya Allah, atas anugerah kesihatan ini..
pintaku supaya anak kecil dapat membesar dengan sempurna..
pintaku supaya bonda di kampung dikurniakan panjang umur..kerana belum puas ku berbakti pada ibu tua itu...



1 comment:

  1. NA, aku sgt terharu.. Alhamdullillah.. syukur atas nikmat Allah bagi..

    ReplyDelete