Tuesday, March 20, 2012

Buruknya Kalau Lelaki Merajuk

Selalunya merajuk tu kerja perempuan..Salah satu strategi untuk menyampaikan sesuatu mesej terutama kepada pasangan..sebab kebanyakan lelaki/ suami tak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan permintaan isteri...selalunya strategi merajuk ini sangat berkesan...Merajuk adalah sejenis bahasa tubuh yang melibatkan emosi (menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, tiada dalam jurnal ilmiah hokay!)..sekali isteri merajuk, silalah pujuk dengan memenuhi permintaan atau sekurang-kurangnya hampir menyamai permintaannya..Tapi kalau tiap-tiap hari merajuk silalah bagi penampo je kat bini tuh!

Merajuk selalunya tidak bagi lelaki..kalau kehendaknya tidak dituruti, selalunya lelaki akan menggunakan kuasa vetonya dengan menaikkan suara, membuat mimik muka seperti singa lapar dan pada tahap ini para isteri solehah akan segera menurut perintah..kalau berani, cubalah bersuara dengan lebih tinggi darinya, hahaha!!!jarang kita dengar lelaki merajuk sebagai satu strategi untuk mendapatkan apa yang dihajati..Bagaimana lelaki merajuk ye...

Fuh!panjang betul mukaddimah..alkisah encik suami tidak bercakap dengan saya..merajukkah?tidak pula saya tahu apakah puncanya..seingat saya pagi tadi seperti biasa, salam n sayang pipi kiri kanan sebelum pergi kerja..tidak plak dia menelefon di tengah hari seperti kebiasaannya..petang tadi masih lagi makan bersama, tapi tiada pula kata-kata...diam membisu seribu bahasa....sampai ibu mertua pun perasan..bergaduhkan ummi n abi syifa nih...

Saya cuba bertanya, tapi katanya takde apa-apa..sampai sekarang tidak bercakap dengan saya, dan dia sudah pun memejamkan mata, berdengkur...melayan perasaan langsung terlelap...owh!!!buruk juga lelaki merajuk rupanya...tak pernah plak dia merajuk versi diam membisu seperti ini..apakah dia cuba menggunakan strategi saya selama ni..owh, tidak!!!

Ok, kita tengok esok pagi..kalau masih diam membisu, saya lancarkan perang!!kalau berpunca dari saya, sila maklumkan..kalau tidak, dia tidak layak buat saya macam ni..berteka-teki malam-malam begini...serang!!!

Jadi, abi syifa!sila ambil perhatian bahawa satu perintah telah dikeluarkan atas nama kamu..sila respon dengan kadar segera sebaik sahaja kamu membaca entri ini!

p/s: canggih betul isteri zaman sekarang ye..guna blog pun boleh!

No comments:

Post a Comment