Thursday, September 15, 2011

sampai sini je ea?

semalaman sang isteri menjeruk rasa..

semalaman juga sang suami mempertahankan egonya...

sungguh..kedua2nya tidur dalam keadaan marah..geram..sakit hati...

masing2 tidak mahu beralah..

di saat sang suami sudah mula sejuk..sang isteri pula memasamkan muka...

sehinggakan sang isteri tidur dalam air mata..

sang suami tidur menahan marah di dada..


pagi esoknya..

ternyata..kasih sayang kedua2nya masih utuh..

menyesali perbuatan semalam...

lalu berdakapanlah keduanya...dengan erat...

berkatalah sang isteri..

"sampai sini je ea?" dalam esak tangis yang masih bersisa..

sang suami dengan kuatnya..menolak sang isteri dari dakapan..terkejut...disangkanya sang isteri mahu menamatkan hubungan..darjah kepanasan hatinya kalau diukur dengan termometer, pasti termometer itu pecah...sungguh..ketakutan sang isteri tatkala itu..

cepat2 membetulkan ayatnya..
"tinggi ayang sampai sini je ea...sambil menggerakkan tangan ke paras dada sang suami.."

owh!!!!

moralnya pemahaman setiap orang berbeza...dan jangan buat lawak di saat serius!!!!

2 comments:

  1. Hehe.. lawak lah kamu ni. Saya pun fikir mcm hubs kamu tau..

    ReplyDelete
  2. sy tak..sy fikir mek na maksudkan sampai sini je gaduh2 kita..kita berbaik semula la hehe

    ReplyDelete