Thursday, June 21, 2012

Go Go Green!!!

Tamat sudah aktiviti berfoya-foyariang gumbira cikgu cikgi sempena sukan tahunan SK Serkam Darat..Temasya sukan tahunan yang berlangsung siang tadi sangat best..walau secara amnya nampak budak-budak berlari kejar pingat emas, perak dan gangsa, tapi sebenarnya cikgu-cikgi yang melompat, bersilat tak cukup tangan, terkejar-kejar masa untuk siapkan itu ini..okay, hanya ini saja momen-momen yang dapat kamera henpon saya rakamkan..layannnzzz...

Kelihatan bigboss rumah hijau iaitu ticer Unaisah (baju biru) bersama ustazah Kazila sedang menempel kertas surat kabar lama untuk buat kepala angry bird!!!saya tak tahula nama ne alah ni..yang tempek2 guna gam tuh...
Kepala angry bird yang ohsem ini adalah sentuhan tangan emas en.suami kepada ticer Unaisah...kredit untuk beliau..saper2 nak menempah kerja-kerja kreatif nih, bolehla berunding dengan beliau ye...sangatla ohsem hasilnya!!!bolehla hubungi beliau di blog ini..(Tuan blog,sila belanja saya masa rehat sebab pomot blog anda..err..tapi blog saya ada seploh orang follower jek...kiki)

Inilah Khemah rumah hijau...Idea letak daun kelapa tu dari cikgu Ramlah sambil dibantu oleh cikgu Razif...Ticer Marshilla n Ticer Fatin pon join sekaki payung..Opps!!!yang ada tulis Zamrud tu la hasil keraSSSS tangan saya...meow!!!

waa....angry bird mengepakkan sayapnya...tadi kat kelas, dah praktis tonggek, tak buat pon!!!haippp!!!

wajah-wajah anak-anak angry bird semasa perbarisan

Khemah rumah kuning bertemakan taman bunga matahari...rumah merah plak ladybird...ohsem la keje korang...apakata bunga-bunga matahari dan ladybird besar gabak tu letak kat bilik sejuk saya...opps!!

yang sedang berposing tak hengat tu la ratu-ratu  cikgu-cikgi rumah hijau...Dari kiri ticer Unaisah, Cikgu Hamidah, Ticer Fatin, Ustazah Shafida n Ustazah Kazila..Saya??Tukang tangkap gambor!!Juga kelihatan antara pingat yang dimenangi tapi belum dituntut  oleh anak-anak angry bird..juga persembahan pancaragam dari Sekolah Tunas Bakti, Sg Lereh..
Tahun ni secara keseluruhan rumah hijau dapat no.3...ok la sikit, tahun lepas menjunam no.4..huu..Khemah dapat tempat pertama dan perbarisan dapat tempat keempat....takpela angry bird!!!tahun depan kita cuba lagi...Terima kasih untuk semua..komitmen korang memang ohsem..time kasih juga buat Ustaz Elias, Cikgu Razif n Cikgu Farina...juga buat komentar2 yang menumpang bilik sejuk saya Ticer Suhaida n Cikgu Zahiana..juga Ticer Linda..Esok cuti peristiwa..hoyehhh!!!Go Go Green!!!!

4 comments:

  1. tahniah cikgu,..rumah sukan dpt no 3,cikgu2 dpt hadiah apa ya?...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu dpt penat n sakit kaki..blik umah buat muka kesian suh abi syifa picit...huu..

      Delete
  2. oke lah khemah dpt tempat...perbarisan tahun depan kita usaha lagi...puas ati la walaupon penat (balik umah terus demam, nasib baik pagi tadi dah oke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa htr proposal tukar kaler umah ijau utk next year...

      Delete