Wednesday, April 6, 2011

Kaya

sudah dua hari cuba mengakses e-penyata gaji tapi tetap tak dapat.. rupanya salah kata laluan... so, pg td jumpa kakak kerani untuk dapat kata laluan yang betul... kemudian bersembang sekejap tentang elaun rumah yang saya belum dpt.. ''RM250 untuk setahun dah jadi RM3000''...kata saya itu cuma anggaran kasar..kalau ikutkan sy bermula pada 1 Dec 2009 sampai bulan ni dah setahun 4 bulan... tambahan pula sampai sekarang, gaji saya masih DC..iaitu RM1901.80... sepatutnya saya sudah menikmati gaji DG bermula 1 sept 2008.. sudah hampir 3 tahun... kemudian bila cukup 3 tahun Aug ini, saya dah boleh keluarkan duit KWSP.. owh..cuba bayangkan backdated yang bakal saya dapat.. kalau ribu-ribu...makcik kayoooo!!!!! harus...saya bersemangat semula melaksanakan agenda2 terancang.. mengembangkan kembali bisnes yang makin malap itu...hak3!!!! membuat upah haji untuk arwah ayahnda tercinta... kemudian.... bolehla saya melancong ke pulau-pulau di Sabah tahun ni.... menggelenyar dengan encik suami dan si tecik kesayangan...yuhuuu... p/s : masih susah hati dengan Rekod Servis yang sudah hilang..JPN Kuching kata sudah hantar, PPD Jasin kata belum terima..kalau RS xder, kurang kaya la makcik..huk3!!!!

No comments:

Post a Comment