Wednesday, June 27, 2012

Ayat-ayat Chenta


KENAPA KITA DIUJI?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
-Surah al-Baqarah ayat 177

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…"
-Surah at-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah at-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87

UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
- Surah al-Mukminun ayat 62

APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI??

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya."
- Imam Muslim

Sunday, June 24, 2012

Bila En.Suami Kena Buli, Rumah Sewa dan Si Tecik Syifa


Mengemas
Pagi tadi berjaya mendapatkan khidmat en.suami untuk mengemas bilik sejuk @ markas rumah hijau..sudah membuat perjanjian naga berapi dari hari Jumaat....bersepah memang tak agak-agak..masuk je kelas, rasa penin-penin lalat..banyaknya nak kena buat...kat semua celah bedah, semua sudut ada barang, ada sampah..cikgu-cikgi ni..buat kerja sepah-sepah..haippp!!!!nak kena rotan semua nih...

Nak kemas hari Isnin, takut tak sempat..dahla hari Isnin ada tandatangan buku rekod kanak-kanak ribena, pastu dengar-dengarnya ada pelancaran minggu matematiklaa...apa tah lagi....pasti berjam-jam di dewan..Terpaksala korbankan cuti hari minggu..Takpe la..dari berfoya-foya tidak tentu hala dengan si tecik..

p/s: hati riang gumbira dapat membuli en.suami...yesss!!!bila lagi kan!!!!

Rumah sewa
Sebelum sampai di sekolah, sempat juga saya dan en.suami pusing-pusing taman perumahan depan dan belakang sekolah..mana tahu ada rumah kosong untuk disewakan..tapi hasilnya hampa..ada satu rumah di Taman Serkam Ria, kami cuma terlewat beberapa minit saja..baru di'chup' orang...tiada rezeki kami di situ..Rasanya dulu, banyak aje rumah kosong, tapi ketika tu saya belum mahu menyewa..sekarang, bila beriya mencari....susah plak..ianya lumrah alam..masa kita taknak, senang aje dapat...bersepah-sepah...bila beriya nak..baru tau susah senang nak dapat...takpe...pasti ada rezeki kami di mana-mana..Insya Allah...

Setelah lebih tiga tahun menumpang teduh di rumah mertua, baru sekarang menggedik mencari rumah sewa...padahal rumah yang dibeli di Bemban Height  mungkin akan siap hujung tahun ni atau awal tahun depan..alang-alang saja rasanya ni berpindah..Kita merancang, Allah jua merancang..tapi perancangan Allah mengatasi perancangan manusia...Mungkin inilah peluang untuk saya tidak lagi berada di bawah ketiak mereka...peluang untuk saya merasa hidup berkeluarga..berdikari..peluang untuk saya lebih menikmati privasi...InsyaAllah...semoga semuanya dipermudahkan..


p/s : kalau sesiapa tahu rumah untuk disewa area Serkam, boleh maklumkan saya ye...

Syifa
Lucu plak tengok keletah si tecik yang sudah besar panjang nih..makin garang plak tuh...kalau ada benda tak puas hati, cepat aje tangannya cepuk-cepuk semua orang...haishhh!!!berlari riang-ria ke sini sana..syoknya jadi kamu ya!!!esokesok dah pandai bercakap, umi tak tahula bagaimana melayan kamu ek...Syifa yang comot!!!!

p/s ; membesarlah jadi anak yang solehah, orait!!!!

Thursday, June 21, 2012

Go Go Green!!!

Tamat sudah aktiviti berfoya-foyariang gumbira cikgu cikgi sempena sukan tahunan SK Serkam Darat..Temasya sukan tahunan yang berlangsung siang tadi sangat best..walau secara amnya nampak budak-budak berlari kejar pingat emas, perak dan gangsa, tapi sebenarnya cikgu-cikgi yang melompat, bersilat tak cukup tangan, terkejar-kejar masa untuk siapkan itu ini..okay, hanya ini saja momen-momen yang dapat kamera henpon saya rakamkan..layannnzzz...

Kelihatan bigboss rumah hijau iaitu ticer Unaisah (baju biru) bersama ustazah Kazila sedang menempel kertas surat kabar lama untuk buat kepala angry bird!!!saya tak tahula nama ne alah ni..yang tempek2 guna gam tuh...
Kepala angry bird yang ohsem ini adalah sentuhan tangan emas en.suami kepada ticer Unaisah...kredit untuk beliau..saper2 nak menempah kerja-kerja kreatif nih, bolehla berunding dengan beliau ye...sangatla ohsem hasilnya!!!bolehla hubungi beliau di blog ini..(Tuan blog,sila belanja saya masa rehat sebab pomot blog anda..err..tapi blog saya ada seploh orang follower jek...kiki)

Inilah Khemah rumah hijau...Idea letak daun kelapa tu dari cikgu Ramlah sambil dibantu oleh cikgu Razif...Ticer Marshilla n Ticer Fatin pon join sekaki payung..Opps!!!yang ada tulis Zamrud tu la hasil keraSSSS tangan saya...meow!!!

waa....angry bird mengepakkan sayapnya...tadi kat kelas, dah praktis tonggek, tak buat pon!!!haippp!!!

wajah-wajah anak-anak angry bird semasa perbarisan

Khemah rumah kuning bertemakan taman bunga matahari...rumah merah plak ladybird...ohsem la keje korang...apakata bunga-bunga matahari dan ladybird besar gabak tu letak kat bilik sejuk saya...opps!!

yang sedang berposing tak hengat tu la ratu-ratu  cikgu-cikgi rumah hijau...Dari kiri ticer Unaisah, Cikgu Hamidah, Ticer Fatin, Ustazah Shafida n Ustazah Kazila..Saya??Tukang tangkap gambor!!Juga kelihatan antara pingat yang dimenangi tapi belum dituntut  oleh anak-anak angry bird..juga persembahan pancaragam dari Sekolah Tunas Bakti, Sg Lereh..
Tahun ni secara keseluruhan rumah hijau dapat no.3...ok la sikit, tahun lepas menjunam no.4..huu..Khemah dapat tempat pertama dan perbarisan dapat tempat keempat....takpela angry bird!!!tahun depan kita cuba lagi...Terima kasih untuk semua..komitmen korang memang ohsem..time kasih juga buat Ustaz Elias, Cikgu Razif n Cikgu Farina...juga buat komentar2 yang menumpang bilik sejuk saya Ticer Suhaida n Cikgu Zahiana..juga Ticer Linda..Esok cuti peristiwa..hoyehhh!!!Go Go Green!!!!

Tuesday, June 19, 2012

Bercinta Kerana Dia

suka-suki kami...
Ini saat suka-suki kami..momen-momen indah untuk dikenang pada masa depan..yup!!!tidak perlu desiran ombak dan angin sepoi-sepoi dengan lagu balada pun nk abadikan momen ini..cukup sekadar ini..momen hepi ini moga kekal sampai syurga..Doakan kami yah!!!Juga buat kamu-kamu!!

Bunga-bunga chenta kita semua moga terus kembang mekar di bawah rahmat-Nya.

Pabila Guruh Berdentum

Saya dapat ini dari sini..

Lima ujian Allah sebagai tanda Allah mencintai kita:
1. Sesungguhnya apa yang dibebankan, atau disusahkan adalah untuk kebahagiaan kita.
2. Apa yang Allah ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di akhirat kelak.
3.Apa yang menyebabkan Allah buatkan kita menangis adalah supaya kita ketawa di akhirat kelak.
4. Apa yang Allah haramkan untuk kita supaya kita dapat kebaikan darinya.
5.Apa yang Allah timpakan musibah kepada kita adalah tanda Allah mencintai kita..

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat...kita menagis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya matahari..rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi...

Saya tahu Allah mengatur sedemikian rupa pasti ada hikmahnya..tapi kenapa begitu sukar untuk redha..untuk ikhlas..banyak kali saya mengeluh..melihat orang lain lebih baik, lebih bahagia..hati mula dihasut setan gemok..mula berfikir yang bukan-bukan..mula merungut dan memberontak..haipp!!!

owh!!sukarnya untuk melihat dari sudut pandang yang lebih ohsem..apakah ini petanda hati yang perlu dirawat?Jadi, Ayuh!!!!Perlu sediakan senjata paling ohsem untuk perang setan jahat!!!

Duhai hati yang separuh dalam diri saya dan separuh lagi pada en.suami.hehe.,,

Bersabarlah saat meter naik sampai tanda amaran!!!
Bersyukurlah saat kesusahan melanda walau hingga terduduk!!!

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik...bersangka baiklah!


Thursday, June 14, 2012

Cuti Sekolah Mei-Jun 2012

Sudah kembali dari cuti panjang..sebulan juga rasanya...everything kena refresh balik sebab dah blur-blur..alangkan tak bercuti pun blur jg..haha...

2 minggu berpantang...macam bersalin Syifa dulu..berstokin dan segala bagai..tapi kali ni makan jamu Nona Roguy..makan seminggu je..pastu naik gatal-gatal..kena ambil ubat klinik plak untuk hentikan gatal-gatal tuh..huhu..mungkin ianya tak serasi dengan saya..

Wedding kakak n adik saya...alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..walaupun kecil-kecilan tapi ianya cukup melegakan hati bonda tersayang..sempat juga saya berposing di pelamin..perasan sambut anniversary lah tuu...

Balik kampung kali ni sempat makan nasi dagang air tangan ibu tersayang..sempat juga makan ikan celup tepung di Pantai Teluk Ketapang..sangat best..kemudian dua kali kami naik kereta kuda di Pantai Batu Buruk..sempat juga mengikuti rombongan hantar pengantin ke Jerantut..mak aihh..jauh juga rupanya....masa pergi 6 jam dari rumah saya..masa balik jadi sepuluh jam..singgah situ, singgah sini..hmm...

Sempat juga menziarahi kubur ayah tercinta..masih cantik..masih seperti baru..adik lelaki bongsu saya selalu menziarah terutama hari Jumaat..selalu dicabutnya rumput-rumput.dibersihkan kawasan kubur ayah..hati sedikit sayu..sebak juga...

sempat plak kamu pandang kamera ek si tecik!!!


Sebelum berangkat pulang ke Melaka, sempat juga ke Pasar Payang membeli keropok, gajus dan anggur..sekian entri sempena cuti sekolah..rutin harian sebagai isteri, ibu, cikgu n lain-lain lagi bermula seperti biasa..