Ini la pil yang saya dapat semalam..
Norcolut..pil untuk turun darah...kena makan 1 biji 2 kali sehari..doktor bagi untuk 5 hari..2,3 hari lepas tu period akan datang seperti biasa..kata puan doktor...itupun selepas di scan dan buat UPT yang ke 5 atau 6 seingat saya..sudah 2,3 klinik saya pergi...UPT negatif dan scan pun tiada kelongsong baby...tapi awas! pil ni hanya boleh dapat melalui preskripsi doktor sahaja..sebab pil ni juga boleh gugurkan baby...
Hasil peng'google'an saya, byk sebab puan 'p' tidak mahu menjengahkan dirinya...antaranya stress dan juga pertambahan mendadak berat badan...hormon berubah, jadi puan 'p' macam konfius nak datang ke tak...pil ni InsyaAllah akan kembalikan kitaran puan 'p' seperti biasa...
(dah agak dah...mesti ada kaitan dengan berat badan punyer....)
dah makan ubat ni kena mula berdietla plak...lemak2 dah banyak berkumpul nih...makan plak x pernah xder selera...dan lagi satu habiskan EPO yang saya beli sejak sekian lama x habis2 lagi.....EPO tu pun bagus juga untuk hormon...
Nampaknya belum masa Syifa nak dapat adik..semoga Allah permudahkan untuk kali yang lain pula....