Wednesday, January 25, 2012

Jangan Berputus Asa

jangan putus asa....
jangan sesekali berfikir untuk berputus asa..

semangat!!!!

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Thursday, January 12, 2012

Batu Karang: Punca dan Pencegahan


Ahad lalu, encik suami diserang sakit pinggang...sakit yang teramat sangat..berkerut mukanya menahan sakit bila bangun dan duduk...lalu, kami ke klinik..doktor cakap mungkin salah urat..diberinya ubat tahan sakit...tapi sakit tetap tak berkurang..esoknya encik suami ke klinik kerajaan..lepas diperiksa, doktor kata mungkin batu karang dan jumaat ini perlu di x-ray untuk melihat saiz dan kedudukan batu karang itu...

Langsung ingatan saya terus kepada arwah ayah...ayah saya mengidap penyakit buah pinggang pun disebabkan batu karang yang berada di buah pinggang..buah pinggang itu membengkak dan akhirnya rosak.....scary bukan?

kemudian saya google untuk dapat lebih info pasal batu karang ini....dan inilah hasilnya...


Punca penyakit batu karang

"Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak"..sumber : www.ipisilam.edu.my

cara atasi penyakit batu karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

· Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

· Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

· Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

· Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

· Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

· Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

· Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

· Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


dan berikut antara ayat yang boleh diamalkan untuk memecahkan batu karang..

Amalan Untuk Memecahkan Batu Karang

Firman Allah SWT : Yang bermaksud: "Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkan atau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai ’Bala’ balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakan ubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. Maha Penyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenis penyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelian makhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yang jelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah dan menjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.

Amalkan baca ayat ini 1X atau 3X pada air suam sebelum minum pagi. Ayatnya ialah:

Surah al-Baqarah: ayat 74


Maksudnya: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.?

Surah al-Insan: ayat 21


Maksudnya: Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.? sumber: www.masjidnegara.gov.my

Wednesday, January 11, 2012

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir buat suami tersayang...hadiahnya ialah si tecik kerinting bam-bam yang conquer aktiviti makan-makan kita...

ini la si tecik yang suka mengganggu ketenteraman awam itu...

ini pula gambar latest bapak si tecik aka encik suami tersayang....

dan ini adalah menu hari itu...




epal jus giant ini telah disedut hampir separuh oleh si tecik...huu...

aktiviti makan-makan ini telah disponsor oleh saya aka puan isteri yang sangat mengharapkan acara yang setara atau lebih lagi pada hari lahirnya nanti...miahaha...

semoga encik suami tabah mengharungi liku2 kehidupan bersama saya..hehe..

semoga umur yang bertambah, lebih berkat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

p/s: nanti syifa dah reti bercakap nak ajar doa untuk ibu bapa plak la sebagai rutin hari lahir...

Thursday, January 5, 2012

UPT negatif, tapi hamil?

UPT saya negatif...tapi puan 'p' sudah dua bulan delay...hmm...ada tak orang UPT negatif tapi hamil...doktor tadi pun macam tak berapa nak sure je bagi ubat...saya demam dan pening..tapi dia bagi ubat sakit, antibiotik, surut bengkak...apsal tak bagi ubat demam or ubat pening2 lalat????

confuse! confuse!

(ke ubat demam bahaya untuk wanita hamil???)

saya cuba search dekat encik google...

ada satu blog dr.faridah kata UPT paling baik buat waktu pagi..dan tadi saya buat waktu malam..mungkin kepekatan HCG belum cukup untuk dikesan oleh strip test tu...tapi dah dua bulan delay, pttnya kepekatan HCG dah tinggi...hmmm...

selain UPT boleh juga buat ultrasound..ataupun check HCG dalam darah...hmmm....nampaknya akan ke klinik lain pula sehari dua lagi...kalau negatif juga, mungkin hormon saya tidak stabil...mungkin belum rezkinya syifa nak dapat adik...huu...


positif thinking!!
selagi puan 'p' belum muncul, kemungkinan untuk hamil itu masih ada...InsyaAllah...




Wednesday, January 4, 2012

mungkin

Kurang sihat...sakit2 badan, sakit kepala n demam....sementelah puan 'p' sudah 2 bulan, tak muncul2 lagi...apakah???


Mungkinkah ada insan kiut dlm rahim??atau cuma perasaan semata2....


Owh...perlu kurungkai teka-teki ini dengan segera....


Esok kite ke klinik okeh!!!


Published with Blogger-droid v2.0